Pelbagai desas-desus telah kedengaran berkenaan Asus dan arena telefon pintar – dan ada yang mengatakan Asus mungkin mengehadkan penawaran mereka. Namun, kini Asus membuktikan sebaliknya, dan telah mengambil peluang untuk mengumumkan yang mana Asus Zenfone 6 akan diperkenalkan pada 14 Mei 2019 kelak.
Perkara ini dikongsikan oleh pihak Asus melalui bahan promosi yang diedarkan di MWC 2019 hari ini.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah ciri yang bakal dibawakan olehnya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 14 Mei 2019 ini untuk melihat apakah kejutan yang akan dibawakan oleh Asus kelak.