Laman Web Google Fit Akan Ditutup Pada 19 Mac – Memfokuskan Penawaran Aplikasi Android Dan WearOS

Laman Web Google Fit Akan Ditutup Pada 19 Mac – Memfokuskan Penawaran Aplikasi Android Dan WearOS

Diterbitkan pada Feb 22, 2019 oleh .

Google hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan penawaran Google Fit melalui laman web pada 19 Mac 2019kelak. Sebagai alternatif untuk terus memantau aktivit dan mengikuti pelbagai tips, pengguna dinasihatkan untuk memasang aplikasi Google Fit pada Android dan juga Wear OS.

Langkah Google ini dikatakan selari dengan fokus penggunaan penawaran kecergasan yang lebih pada peranti mudah-alih dan bukannya pada web.

Google Fit

Berkemungkinan juga mengikut data penggunaan, pengguna tidak begitu menggunakan perkhidmatan Google Fit melalui desktop, sebaliknya lebih mengikutinya pada aplikasi dan juga jam tangan pintar.

Dengan langkah ini juga, Google boleh memfokuskan sumber mereka kepada perkara lain yang lebih memerlukan – yang mana merupakan salah satu perkara biasa dalam dunia perniagaan.

Layari : Laman Google Fit


TIPS & ULASAN