Carian
Sampel Gambar Pertama Dari Nokia 9 PureView Diperlihatkan
February 23, 2019 Effi Saharudin

Dengan sistem penta-kamera, Nokia 9 PureView akan menjadi peranti dengan sistem kamera utama yang paling banyak digunakan. Peranti ini akan diumumkan secara rasmi pada acara MWC Barcelona 2019 minggu hadapan. Dengan jumlah kamera yang banyak, ramai merasakan Nokia akan kembali sebagai raja fotografi mudah alih yang dahulu dipegang oleh Nokia Lumia 1020.

Misteri mengenai kemampuan kamera Nokia 9 Pureview sedikit terjawab pagi ini apabila gambar di atas dikongsi ke media sosial oleh CEO Nokia Mobile Juho Sarvikas. Ia diambil oleh Konsta Punkka yang merupakan seorang jurugambar Instagram yang terkenal dengan gambar bertemakan alam semula jadi. Gambar diambil dan diproses menggunakan sebuah Nokia 9 PureView. Hasilnya adalah amat menakjubkan jika dibandingkan dengan gambar yang diambil pada telefon pintar biasa. Kami agak teruja dengan kualiti gambar yang diambil apa pula pendapat anda?

Komen