Ujian Penanda Aras Menunjukkan Samsung Galaxy S10+ Masih Di Belakang iPhone XS Max

Ujian Penanda Aras Menunjukkan Samsung Galaxy S10+ Masih Di Belakang iPhone XS Max

Diterbitkan pada Feb 24, 2019 oleh .

Saban tahun pemproses yang lebih berkuasa dihasilkan bagi memenuhi keperluan aplikasi yang semakin tinggi. Kemampuan grafik permua pada peranti pintar kini adalah hampir setanding dengan konsol generasi semasa. Samsung Galaxy S10 dilengkapi pemproses Exynos 9820 yang merupakan yang berkuasa pernah dihasilkan oleh Samsung. Tetapi adakah ia berjaya memintas Apple A12 Bionic?

Kami telah melakukan sendiri ujian Antutu 3D dan juga Geekbench 4 pada peranti yang sedang diulas. Markah yang dicatatkan seperti yang dapat anda lihat di atas adalah 329343 markah dalam Antutu, 4504 markah dalam ujian satu teras Geekbench 4 dan 9981 markah dalam ujian multi-teras Geekbench 4.

Ini adalah markah Antutu 3D yang lebih tinggi berbanding 319929 markah yang dicatatkan oleh iPhone XS Max. Namun dalam penanda aras Geekbench 4 iPhone XS Max masih lebih tinggi iaitu 4834 dalam ujian satu teras dan 11430 markah dalam ujian multi-teras. Jadi peranti manakah yang lebih berkuasa? Di atas kertas masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan bergantung kepada pengguna untuk memilih peranti manakah yang paling sesuai untuk keperluan harian.


TIPS & ULASAN