Huawei telah sedia mengumumkan mereka bakal memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat mereka pada acara MWC 2019 yang akan berlangsung penghujung minggu ini. Kini, selari dengannya, gambar papan iklan Huawei yang sedang dipasang bersempena acara berkenaan memperlihatkan bagaimanakah rekaan telefon pintar Huawei akan datang tersebut.
Melalui apa yang dipertontonkan, ia menunjukkan peranti yang dinamakan Huawei Mate X. Ia membolehkan pengguna membuka dan menggunakannya sebagai sebuah tablet, atau menutupnya dan menggunakan ia sebagai sebuah telefon pintar.
Berbeza dengan Galaxy Fold yang hadir daripada Samsung, pihak Huawei menggunakan rekaan skrin boleh-lipat dibahagian luar, sekaligus menawarkan kebolehan penggunaan skrin penuh tanpa bingkai ketika dalam mod telefon pintar.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan hari Ahad ini untuk melihat kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei melalui Huawei Mate X ini.
#Huawei #MWC2019 #MWC19 huawei Mate X pic.twitter.com/cUV7POgF6r
— 红军第十九冠 (@gimme2pm) February 22, 2019