Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti Kini Rasmi – GPU Turing Tanpa Ciri Raytracing Ataupun DLSS

Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti Kini Rasmi – GPU Turing Tanpa Ciri Raytracing Ataupun DLSS

Diterbitkan pada Feb 23, 2019 oleh .

Sebelum ini, semua kad grafik yang dilancarkan oleh NVIDIA yang menggunakan pemproses grafik Turing hadir dengan kebolehan Raytracing secara nyata dan juga DLSS.

Isu di sini ialah kebanyakan kad-kad grafik ini hadir dengan harga yang cukup mahal, dan tidak semua gamer memerlukan ciri-ciri yang dinyatakan diatas. Disini, pihak NVIDIA dilihat akhirnya melancarkan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti, kad grafik dengan GPU Turing yang hadir dengan harga yang lebih mampu milik.

GeFirce GTX 1660

Kad grafik GeForce GTX 1660 Ti ini mempunyai sebanyak 1536 teras CUDA, memori GDDR6 sebanyak 6GB pada kelajuan 6Gbps dan kelajuan GPU asas 1500MHz dan Turbo Clock setinggi 1700MHz.

Walaupun kad grafik ini tidak mempunyai ciri Raytracing dan DLSS, ia masih mempunyai kebolehan lain seperti NVIDIA Ansel, NVIDIA Highlights, sokongan untuk NVIDIA GSYNC dan juga VirtualLink.

GeFirce GTX 1660

Pada harga asal $279 (~RM1141), Siri kad grafik ini sudahpun hadir di pasaran tempatan, dan ia tampil dengan harga yang cukup menarik, dimana ASUS Malaysia dilihat menawarkan salah satu daripada kad-kad grafik ini, iaitu ASUS Phoenix GeForce GTX 1660 Ti pada harga serendah RM1319.

Bagi mereka yang inginkan pengalaman gaming Full HD yang cukup gempak, kami pasti ini adalah sebuah kad grafik yang cukup sesuai sekali untuk anda.


TIPS & ULASAN