Lubang Skrin Samsung Galaxy S10 Boleh Disorokkan Oleh Pengguna

Lubang Skrin Samsung Galaxy S10 Boleh Disorokkan Oleh Pengguna

Diterbitkan pada Feb 24, 2019 oleh .

Skrin Infinity-O Samsung Galaxy S10, S10+ dan S10e mempunyai lubang yang ditebuk untuk kamera. Sistem ini digunakan bagi membolehkan peranti mempunyai dahi yang nipis tanpa menggunakan takuk. Tetapi bagi pengguna yang tidak menggemari lubang kamera, Samsung menyertakan fungsi untuk menyorokkannya.

Ini boleh dilakukan menerusi skrin tetapan Full Screen Apps di bawah sub menu Display. Pengguna hanya perlu mengaktifkan Hide Front Camera untuk menggunakan mod ini. Ini akan menyebabkan bahagian atas skrin bersebelahan kamera tidak boleh digunakan. Kesemua notifikasi aplikasi, paparan bateri dan kekuatan isyarat selular akan dianjak ke bawah. Mod nir-lubang Samsung ini sama dengan mod menyorokkan takuk pada Pixel 3 yang menerima kritikan pengguna kerana membazirkan ruang skrin.


TIPS & ULASAN