iPhone 2020 Dilaporkan Akan Menggunakan Cip Pemproses Berteknologi 5nm

iPhone 2020 Dilaporkan Akan Menggunakan Cip Pemproses Berteknologi 5nm

Diterbitkan pada Feb 24, 2019 oleh .

Tahun lalu cip Apple A12 Bionic dihasilkan menggunakan teknologi 7nm. Ia meletakkannya sebaris dengan cip Snapdragon 855 dan Kirin 980 yang menggunakan teknologi yang sama. Kini menurut laporan DigiTimes, cip pemproses Apple untuk tahun 2020 kelak akan dihasilkan menggunakan teknologi 5nm. Ini akan membolehkan cip yang lebih pantas dan sejuk digunakan.

Di dalam laporan yang sama TSMC dikatakan sekali lagi dipilih Apple untuk menghasilkan cip siri A mereka ini. Ketika artikel ditulis, cip A12 Bionic masih lagi pemproses yang paling berkuasa untuk telefon pintar menurut penanda aras Geekbench 4. Dengan A14 menggunakan teknologi 5nm kelak, pemproses yang lebih berkuasa mungkin dapat dihasilkan pada iPhone dan iPad Pro.


TIPS & ULASAN