Guna Celcom Untuk Memiliki Samsung Galaxy S10e Secara Percuma – Pratempah Bermula Sekarang Sehingga 28 Februari Sahaja

Guna Celcom Untuk Memiliki Samsung Galaxy S10e Secara Percuma – Pratempah Bermula Sekarang Sehingga 28 Februari Sahaja

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Telefon pintar Samsung Galaxy S10 baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu dan telahpun habis dipra-tempah. Sekiranya anda salah seorang yang berminat mendapatkan telefon pintar terkini ini, anda masih sempat mendapatkannya dengan mudah dari Celcom.

Samsung Galaxy S10 hadir pada tiga variasi, iaitu Galaxy S10e, S10, dan juga S10+. Ketiga-tiga ini menggunakan cip pemprosesan yang sama iaitu Exynos 9820 namun dengan beberapa kelainan. Galaxy S10e merupakai variasi yang hadir pada saiz yang kecil dan tidak mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik pada paparannya, manakala Galaxy S10+ hadir dengan kapasiti bateri lebih besar iaitu 4,100 mAh.

Menerusi program Guna Celcom, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy S10 sekiranya anda membeli peranti ini menerusi pilihan langganan talian bersama peranti (Device Bundle) ataupun menerusi pelan pemilikan telefon pintar mereka (EasyPhone). Untuk kedua-dua pilihan ini, ketiga-tiga variasi peranti akan ditawarkan kepada pengguna dan terdapat empat pilihan peranti tersedia iaitu S10e, S10, S10+ 128GB dan juga S10+ 512GB.

Galaxy S10e Secara Percuma Menerusi Device Bundle Pelan Celcom First Platinum Plus

Menerusi langganan pelan pascabayar Celcom beserta Samsung Galaxy S10, mereka menawarkan 3 pelan pascabayar yang boleh dipilih pengguna dan jika pengguna memilih Galaxy S10e dengan pelan First Platinum Plus 100GB, pengguna boleh mendapatkan peranti ini secara percuma.

jika pengguna memilih Galaxy S10+ 512GB dengan pelan First Platinum Plus 100GB, pengguna hanya perlu membayar RM 3,158 untuk peranti tersebut, yang mana jauh lebih murah berbanding harga asal peranti tersebut iaitu RM 4,599.

Selain dari pelan First Platinum Plus, terdapat dua pilihan pelan yang lain untuk program ini iaitu First Gold Supreme 50GB dan juga First Platinum 60GB. Sekiranya pelanggan memilih Galaxy S10 dengan langganan First Gold Supreme 50GB, harga peranti tersebut hanyalah RM 2,518, jauh lebih menjimatkan berbanding membelinya pada harga asal iaitu RM 3,299. Atau melanggan First Platinum 60GB dan pengguna hanya perlu membayar RM 2,368 dan masih mendapat penjimatan sekitar RM 931.

Dapatkan Galaxy S10 Pada Harga RM 62 Sebulan Menerusi EasyPhone

Sekiranya pengguna adalah jenis yang kerap bertukar telefon pintar sejajar dengan kecanggihan teknologi telefon yang sentiasa menghadirkan telefon baru, maka program EasyPhone lebih bersesuaian. Ia memudahkan langgan telefon pintar menerusi harga yang lebih mesra pengguna. Menerusi EasyPhone, terdapat dua pilihan baik dari segi secara sewaan (EasyPhone Rent), atau untuk memilikinya (EasyPhone Own).

Bagi EasyPhone Rent, pengguna boleh ‘menyewa’ Galaxy S10e serendah RM 91 sebulan apabila melanggan pelan pascabayar First Gold Supreme 50GB yang menjadikan jumlah bayaran bulanan beserta pelan pascabayar sebanyak RM 219. Atau jika pelanggan inginkan telefon Galaxy S10, boleh memilih untuk menyewa Galaxy S10 pada bayaran bulanan sebanyak RM 62 apabila melanggan pelan pascabayar First Platinum Plus.

Satu lagi pilihan EasyPhone Own membolehkan pengguna ‘memiliki’ telefon-telefon pintar terkini dari Celcom, dan menukar telefon tersebut pada bila-bila masa. Seperti contoh jika pengguna memilih untuk menggunakan Galaxy S10 sekarang, dan ingin menukar kepada telefon lebih canggih pada masa hadapan, dengan program ini pengguna hanya perlu membayar harga yang sama setiap bulan.

Dengan pilihan ini, Galaxy S10+ 512GB dapat ‘dimiliki’ pada harga bulanan RM288 termasuk pelan pascabayar First Gold Supreme 50GB. Pengguna tidak perlu risau dengan kemajuan arus teknologi, dan perlu memilih telefon baru apabila mereka mahu.


Untuk kesemua tawaran diatas, pengguna perlu memilih diantara tiga pelan pascabayar iaitu First Gold Supreme 50GB dengan bayaran bulanan RM 128, First Platinum 60GB dengan bayaran bulanan RM 148 atau First Platinum Plus 100GB dengan bayaran bulanan RM188. Kesemua pelan pascabayar ini mempunyai tempoh kontrak sepanjang 24 bulan dan pelanggan boleh melakukan permohonan untuk memiliki peranti ini secara atas-talian mahupun di cawangan Celcom atau BlueCube berhampiran.

Beli: Samsung Galaxy S10e | S10 | S10+ Dari Celcom

Penafian: Advertorial Dari Celcom



TIPS & ULASAN