Carian
Huawei MateBook X Pro Dikemaskini – Lebih Berkuasa, Grafik NVIDIA MX250, Sokongan Huawei OneHop
February 24, 2019 Aman

Selain pengenalan telefon pintar, Huawei juga hari ini telah mengumumkan kemaskini untuk komputer riba Huawei MateBook X Pro mereka. Ia kini hadir dengan spesifikasi yang dikemaskini, dan beberapa ciri baru.

Huawei MateBook X Pro

Huawei MateBook X Pro hadir dengan skrin sentuh 13.9-inci pada resolusi 3000×2000 pixel, ditawarkan dengan pilihan cip sehingga Intel Core i7-8565U, memori sehingga 16GB RAM, dan menariknya kini ia menawarkan sokongan grafik yang lebih baik melalui penggunaan NVIDIA GeForce MX250.

Huawei MateBook X Pro

Melengkapkan ia juga adalah rekaan dengan penyejukkan yang baik untuk prestasi untuk jangka masa panjang, penggunaan bateri sehingga 14 jam untuk tugasan pejabat, selain dilengkapi sokongan speaker dan mikrofon baik untuk panggilan video menggunakannya.

Huawei MateBook X Pro juga turut mengintegrasikan sokongan pengimbas cap jari pada butang kuasa – sekaligus menawarkan sekuriti yang baik, dan kemudahan log masuk serta-merta apabila anda memulakan peranti berkenaan.

Menariknya juga pada komputer riba ini adalah sokongan Huawei OneHop. Melaluinya, pengguna boleh membuat pindaan fail dan dokumen dari telefon pintar ke komputer riba dengan hanya tap peranti pada bahagian khusus pada komputer riba. Pengguna juga boleh berkongsi clipboard antara peranti, selain memudahkan anda merakamkan skrin komputer riba melalui peranti Huawei anda yang lain. Pengguna juga turut boleh meleretkan tiga jari pada skrin sentuh dalam merakamkan paparan skrin dengan mudah dan pantas.

Huawei MateBook X Pro

Huawei MateBook X Pro ini akan ditawarkan dalam pilihan warna kelabu dan perak. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan.

https://www.youtube.com/watch?v=KpBabRysMFU

Komen