HMD Global telah mengambil pentas utama bersempena MWC 2019, dimana mereka telah memperkenalkan beberapa telefon pintar baru. Salah satu telefon pintar dengan spesifikasi asas yang diperkenalkan hari ini adalah Nokia 1 Plus.
Nokia 1 Plus menawarkan spesifikasi asas, dan dijana dengan Android 9 Pie (Go Edition). Ini sekaligus memperlihatkan ia menawarkan memori hanya 1GB RAM, dan ditujukan kepada pengguna baru di negara-negara membangun.
Nokia 1 Plus ini hadir dengan skrin 5.45-inci, dilengkapi kamera belakang 8-megapixel, selain kamera 5-megapixel untuk swafoto. Menjana telefon pintar ini adalah cip MediaTek MT6739WW, selain bateri berkapasiti 2500mAh.
HMD Global mengatakan Nokia 1 Plus akan ditawarkan pada harga $99 dalam pilihan warna hitam, biru dan juga merah.