Internet kini telah menjadi salah satu medium komunikasi utama yang digunakan ramai untuk mencapai pelbagai informasi dan maklumat dengan pantas. Memainkan peranan utama dalam perkembangan internet adalah pelayar web. Pada hari ini, terdapat pelbagai pelayar web yang menyokong teknologi web terkini dalam memaparkan sesuatu halaman dengan cantik. Tetapi bagaimana pula sesuatu pelayar web beroperasi sekitar 30 tahun lepas.
Kini, beberapa pembangun dari CERN telah membangunkan semula antaramuka pelayar web WorldWideWeb asal yang diperkenalkan pada 1989 lepas. Melalui penawaran yang disediakan melalui pelayar web, ia membolehkan pengguna mencuba bagaimana internet dilayari dan dipaparkan sekitar 30 tahun lepas.
Bagi anda yang berminat, boleh melayari laman khusus yang disediakan, dan melayari web seumpama ia 1989 – sekaligus mendapatkan idea awal bagaimana perkhidmatan web beroperasi sekitar 30 tahun lepas, dimana semuanya dipaparkan berasaskan kepada teks.
Layari : WorldWideWeb