Cari @ Amanz

LG Memperkenalkan LG G8 ThinQ Dengan Sokongan Pengecaman Tangan

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan pelbagai pengeluar memperkenalkan telefon pintar baru bersempena MWC 2019, pihak LG turut tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan LG G8 ThinQ hari ini. Melaluinya, ia meneruskan penawaran peranti dibawah keluarga mercu LG G, dan menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama-sama dengannya.

LG G8

LG G8 ThinQ hadir dengan skrin 6.1-inci OLED pada resolusi 3120×1440 pixel, dijana dengan cip Snapdragon 855, dan memori 6GB RAM. Ia menyertakan tri-kamera pada bahagian belakang, yang menyertakan gabungan kamera 12-megapixel + 12-megapixel telefoto dan 16-megapixel lensa rakaman sudut ultra-lebar. LG turut mengintegrasikan sokongan speaker pada skrin telefon pintar ini, sekaligus membawakan penawaran yang sedikit berbeza berbanding pelbagai pengeluar lain dipasaran.

https://www.youtube.com/watch?v=1c6c0hYQEkE

Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera swafoto 8-megapixel dihadapan yang turut dilengkapi sensor 3D TOF (Time of Flight). Melalui penyertaan sensor ini, LG turut menyertakan sebuah ciri baru dinamakan Hand ID – yang mana mengecam tapak tangan anda dan menggunakannya untuk nyah-kunci peranti.

LG G8 ThinQ

Disamping itu, pengguna juga turut boleh menggunakan ciri dinamakan Air Motion yang mengenal-pasti gerakan tangan anda tanpa menyentuh skrin untuk melaksanakan beberapa perkara. Ini mungkin sesuai pada beberapa keadaan – sebagai contoh sekiranya anda ingin mengawal sesuatu perkara ketika sedang makan.

Pihak LG tidak begitu aktif memasarkan peranti mereka untuk pasaran tempatan, dan kemungkinan peranti ini memasuki pasaran tempatan secara rasminya adalah rendah.


Komen ()