Carian
Microsoft HoloLens 2 Dilancarkan Dengan Rekaan Lebih Padat Dan Kamera TOF
February 25, 2019 Fahim Zahar

Selepas tiga tahun di pasaran, HoloLens akhirnya menerima model kemaskini dari Microsoft. Microsoft HoleLens 2 mempunyai rekaan lebih padat, ringan dan dilengkapi kamera TOF yang membolehkan pergerakan tangan pengguna dijejak tanpa menggunakan alat kawalan khusus.

Rekaan yang lebih padat ini memudahkan ia ditanggalkan ketika bekerja. Mekanisme pengetatnya juga kini sama seperti yang ditemui pada PlayStation VR, Terdapat kamera yang mengimbas iris pemakai yang menyokong sistem Window Hello. Skrin dipertingkatkan untuk menyokong paparan pada resolusi 2K. Ia turut dilengkapi cip Snapdragon 850. kamera 8-Megapixel dan kemampuan mengesan pergerakan secara 6DOF. HoloLens masih lagi boleh berfungsi secara nirwayar dan ditambat kepada komputer menggunakan WiFi.

Terdapat kemampuan menjejak pergerakan mata serta tangan, audio spatial serta menerima arahan menggunakan suara. Peranti realiti gabungan ini hanya ditawarkan untuk kegunaan industri sahaja buat masa ini pada harga $3500 (~RM 14275) sebuah.

Komen