Samsung Berkongsi Video Samsung Galaxy Fold Dalam Kegunaan Harian

Samsung Berkongsi Video Samsung Galaxy Fold Dalam Kegunaan Harian

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Ketika dilancarkan secara rasmi pada 20 Februari yang lalu, Samsung Galaxy Fold tidak dipamerkan untuk tontonan umum. Ini mungkin untuk mengelakkan ia dari mencuri perhatian dari Galaxy S10 yang turut dilancarkan. Kami sedikit terkini kerana tidak dapat melihat sendiri peranti ini secara fizikal.

Bagi sedikit mengubat kekecewaan, Samsung telah memuat naik video sepanjang 4 minit yang menunjukkan bagaimana Galaxy Fold digunakan dalam aktiviti harian. Sistem kamera, pengecasan nirwayar, memainkan permua di dalam posisi tablet, DeX dan pilihan pelbagai warna turut diperlihatkan. Dengan video ini Samsung menjawab beberapa persoalan tentang bagaimanakah peranti benar-benar kelihatan dan sama ada ia praktikal untuk anda membelanjakan $1800 untuk memilikinya.


TIPS & ULASAN