Lenovo Melancarkan Fon Kepala Nirwayar Berjenama ThinkPad Dan Yoga
Artikel Berkaitan

Lenovo Melancarkan Fon Kepala Nirwayar Berjenama ThinkPad Dan Yoga

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Lenovo ialah syarikat pengeluar PC terbesar di dunia sepanjang 2018. Mereka telah melancarkan fon telinga Thinkplus Pods One pada penghujung tahun lalu. Pagi ini mereka melancarkan pula dua fon kepala nirwayar yang menggunakan jenama ThinkPad dan Yoga.

Fon kepala Lenovo ThinkPad X1 ANC dan Yoga ANC menyokong tambatan audio bluetooth 5.0 pada PC, Android serta iOS. Format audio bluetooth yang disokong pula adalah SBC, AAC, aptX, aptXLL, HP1.7  dan mSBC. Terdapat sistem pembatalan hingar terbina serta mikrofon bagi membolehkan ia digunakan untuk panggilan Skype serta pembantu maya.

Butang kawalan asas untuk memainkan audio, menukar lagu dan memadamkan sistem ANC disertakan. Ia boleh disambung kepada peranti menggunakan kabel USC serta dicas semula menggunakan port yang sama. Dengan sekali caj fon telinga boleh berfungsi sehingga 20 jam.

Kedua-duanya juga mempunyai bahagian cawan telinga yang diperbuat daripada aluminium serta audio yang ditala oleh pihak Dolby. Harga jualan untuk Lenovo ThinkPad X1 ANC dan Yoga ANC adalah 159 Euro (~RM 730) sepasang.


TIPS & ULASAN