Carian
Lenovo Tab V7 Dilancarkan Dengan Skrin 6.9-Inci Dan Bateri 5180 mAh
February 25, 2019 Effi Saharudin

Sekitar empat tahun yang lalu Lenovo ialah jenama telefon pintar yang amat popular di Malaysia kerana penawaran peranti yang mampu milik dengan spesifikasi yang baik. Sejak kebelakangan ini peranti mereka jarang sekali dilancarkan di Malaysia kerana Lenovo menumpukan perhatian kepada perniagaan komputer peribadi.

Pagi ini di MWC mereka melancarkan sebuah phablet baharu Lenovo Tab V7 dengan skrin sebesar 6.9″ IPS LCD FHD+, dijana cip Snapdragon 450, memori sehingga 4GB RAM, storan sehingga 64GB, kamera hadapan 5-Megapixel, kamera utama 13-Megapixel dan bateri sebesar 5180 mAh.

Sistem operasi Android Pie digunakan bersama dengan sokongan audio oleh Dolby. Pengecasan dilakukan menerusi port USB-C dengan format pengecasan 10W. Ia akan mula dijual bermula April pada harga 249 Euro (~RM 1152).

Komen