Pepijat Adobe Premiere Pro Yang Mengakibatkan Kerosakan Pembesar Suara MacBook Ditampal

Pepijat Adobe Premiere Pro Yang Mengakibatkan Kerosakan Pembesar Suara MacBook Ditampal

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Tiga minggu yang lalu kami melaporkan sebahagian pengguna Adobe Premiere Pro pada MacBook menghadapi masalah pepijat yang mengakibatkan kerosakan kekal pada pembesar suara. Audio secara tiba-tiba akan dimainkan pada tetapan tinggi sehingga pembesar suara pecah. Pepijat melibatkan feeback ini akhirnya ditambal oleh Adobe.

Pengguna hanya perlu mengemaskini ke versi 13.0.3. Adobe walau bagaimanapun tidak mengeluarkan kenyataan sama ada akan memberikan pampasan kepada pemilik MacBook yang mengalami kerosakan kekal ini.



TIPS & ULASAN