BlackBerry Key2 Kini Hadir Dalam Pilihan Warna Merah

BlackBerry Key2 Kini Hadir Dalam Pilihan Warna Merah

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

BlackBerry telah sedia memperkenalkan BlackBerry Key2 pada pertengahan tahun lepas, dan ditawarkan di Malaysia pada harga RM2599. Kini, bersempena MWC2019, pihak BlackBerry Mobile tidak memperkenalkan sebarang peranti baru, sebaliknya memperkenalkan BlackBerry Key2 dalam pilihan warna merah.

BlackBerry Key2

BlackBerry Key2 berwarna merah ini mengekalkan penawaran seperti versi asal, dan kini menawarkan ruangan storan sehingga 128GB. Ia masih hadir menawarkan papan kekunci fizikal, dijana sistem operasi Android, selain menawarkan sejumlah penambah-baikkan dan penawaran aplikasi daripada pihak BlackBerry.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah BlackBerry Key2 Red Edition ini akan memasuki pasaran tempatan. Pihak BlackBerry turut mengatakan mereka mungkin tidak akan hadir dengan peranti baru untuk tempoh 6 bulan akan datang dan lebih memfokuskan kepada sokongan peranti sedia ada untuk penggunaan jangka masa panjang.


TIPS & ULASAN