Carian
Galaxy Buds Berharga RM499 Di Malaysia – Fon Telinga Nirwayar Daripada Samsung
February 25, 2019 Aman

Samsung telah sedia mengumumkan fon telinga nirwayar mereka secara rasminya pada minggu lepas, selari dengan pengenalan Galaxy S10. Walaubagaimanapun, harga jualan rasmi untuknya tidak diumumkan oleh mereka untuk pasaran tempatan.

Galaxy Buds

Kini, melalui pra-tempahan untuk Galaxy S10 yang diambil beberapa penjual, Galaxy Buds kini disenaraikan pada harga RM499 – sekaligus menawarkan harga yang agak kompetitif berbanding jangkaan ramai sebelum ini.

Galaxy Buds RM499

Galaxy Buds hadir dengan penawaran masa penggunaan sehingga 6 jam, selain turut menyertakan sokongan Bixby. Samsung turut mengatakan ia menawarkan sokongan mengenal-pasti suara dengan baik walaupun pada persekitaran yang bising.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Samsung Malaysia akan menawarkan fon telinga ini secara berasingan. Berkemungkinan kita akan mengetahui lanjut mengenainya pada acara pelancaran rasmi Galaxy S10 di Malaysia yang dijangka berlaku pada minggu ini.

Komen