Cari @ Amanz

Sony hari ini telah memperkenalkan telefon pintar mercu terbaru mereka, iaitu Sony Xperia 1. Sony memfokuskan kepada sokongan skrin pada peranti ini, dan ia turut menggunakan nisbah rekaan skrin 21:9 – sekaligus membuat ia sedikit memanjang berbanding pelbagai telefon pintar lain dipasaran lain.

Xperia 1 hadir dengan skrin 6.5-inci dengan panel 4K OLED. Ini sekaligus menawarkan paparan yang sangat terang dan turut menyokong paparan HDR.

Sony Xperia 1

Selari dengan penggunaan panel ini juga, Sony turut mengumumkan kerjasama dengan beberapa pihak untuk penawaran kandungan yang dioptimasikan untuk skrin berkenaan – termasuk Fortnite. Bercakap pasal permainan juga, Xperia 1 juga turut menawarkan pengoptimasian permainan dengan menyediakan kemudahan rakaman permainan dan sebagainya.

Xperia 1 dijana menggunakan cip Snapdragon 855, memori 6GB RAM, dan storan sebesar 128GB. Ia turut menawarkan sokongan kalis air IP68, selain bateri berkapasiti 3300mAh.

Untuk rakaman gambar, Sony Xperia 1 menyertakan tri-kamera belakang yang mana menggunakan lensa sudut-lebar 12MP, lensa telefoto 12MP, dan sudut ultra-lebar 12MP. Sony turut menyertakan sokongan enjin Bionz X dalam rakaman yang lebih cantik padanya. Sony turut menyertakan beberapa sokongan mod rakaman video, termasuk “Cinema Pro” untuk rakaman video sinematik pada nisbah 21:9.

Melengkapkan peranti ini juga adalah sokongan audio berkualiti-tinggi dan speaker stereo. Sony Xperia 1 turut menyertakan sokongan Side Sense yang membolehkan pengguna tap pada sisi peranti bagi mengakses sesuatu aplikasi dengan mudah. Xperia X1 juga turut menyertakan kembali sokongan pengimbas cap jari pada bahagian tepi peranti.

Sony menyasarkan menawarkan Xperia 1 dalam masa beberapa bulan lagi yang hadir dalam pilihan warna hitam, kelabu, putih dan ungu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd