Cari @ Amanz

Mikro-SD 1TBKad mikro-SD digunakan ramai pada peranti mudah-alih mereka hari ini, terutamanya pada telefon pintar, kamera kompak dan juga pada peranti lain seperti konsol mudah-alih Nintendo Switch. Terkini, bersempena dengan MWC 2019, beberapa pengeluar telah pun hadir dengan kad mikro-SD dengan storan sebesar 1TB.

Antara pengeluar akan menawarkan kad mikro-SD 1TB ini dalam beberapa bulan lagi adalah Micron dan juga Western Digital.

Micron mengatakan mereka menawarkan kemampuan membaca 100MB per saat, selain menulis pada kelajuan 95MB per saat.

Sementara Western Digital pula mnegatakan ia menawarkan kemampuan membaca 160MB per saat, dan 90MB per saat untuk menulis.

Micron belum mengumumkan harga jualannya lagi buat masa ini. Pihak Western Digital mengatakan kad SanDisk 1TB akan ditawarkan pada harga $449.99, iaitu sekitar RM1831.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd