Google Akan Mengintegrasikan Google Assistant Pada Aplikasi Android Messages

Google Akan Mengintegrasikan Google Assistant Pada Aplikasi Android Messages

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Google telah pun sedia mengumumkan kerjasama dengan sejumlah pengeluar untuk mengintegrasikan sokongan butang fizikal Google Assistant pada peranti mereka. Kini, selain daripadanya, Google turut mengumumkan perancangan mereka untuk mengintegrasikan sokongan Google Assistant pada aplikasi Android Messages.

Android Messages

Android Messages merupakan aplikasi permesejan yang hadir terbina terus pada pelbagai peranti Android, dimana ia digunakan untuk pengurusan SMS. Malah, aplikasi berkenaan turut menyokong piawaian permesejan terbaru berasaskan RCS.

Integrasi Google Assistant pada Android Messages ini dilihat lebih kepada sebagai ganti kepada Allo sebelum ini. Kini, apabila pengguna bersembang dengan rakan-rakan berkaitan sesuatu topik, mereka boleh menerima bantuan tambahan daripada Google Assistant. Sebagai contoh, anda boleh terus melihat maklumat berkaitan sesuatu filem, cuaca, arah perjalanan dan sebagainya dengan bantuan Google Assistant terus pada aplikasi permesejan anda.

Untuk permulaan, ia hanya akan hadir dengan sokongan bahasa Inggeris, sebelum diperluaskan untuk sokongan bahasa-bahasa lain. Integrasi ini dijangka akan dapat dilihat dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN