Cari @ Amanz

Samsung pada minggu lepas telah pun memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri Galaxy S, iaitu Galaxy S10. Kini, bergerak kehadapan, laporan baru hadir mengatakan Samsung mempertimbangkan penjenamaan baru untuk menggantikan penggunaan nama siri Galaxy S sebelum ini.

Langkah ini dikatakan kerana penggunaan nama dengan angka dua digit mungkin tidak begitu diminati ramai – dan ada kalanya ia akan menjadi sukar untuk disebut, apatah lagi dengan akhiran 11, 12, 13 dan seterusnya.

Walaubagaimanapun, menurut laporan sama, Samsung masih pada peringkat awal membincangkannya, dan tiada sebarang keputusan yang dilakukan buat masa ini.

Bercakap mengenai penamaan sendiri, pihak Apple telah pun berhenti menggunakan angka pada peranti mereka, dan kini menggunakan abjad, dimana peranti terbaru mereka dikenali dengan nama iPhone XS. Sementara Huawei pula dilihat menggunakan angka gandaan 10 untuk telefon pintar mereka, dimana peranti terbaru mereka dikenali dengan nama Mate 20 Pro.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd