Pengguna Samsung Galaxy Note 8 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie

Pengguna Samsung Galaxy Note 8 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini Android 9.0 Pie

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Samsung kini telah mula menawarkan kemaskini Android 9.0 Pie untuk telefon pintar Samsung Galaxy Note 8, sekaligus menawarkan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya. Kemaskini ini juga turut membawa penggunaan antaramuka baru daripada Samsung, iaitu OneUI.

Samsung Galaxy Note 8

Melalui kemaskini OneUI, Samsung merekabentuk kembali pelbagai informasi dan tetapan dalam memudahkan pengguna bernavigasi, selain turut menyertakan kemudahan untuk mengawal peranti dengan sebelah tangan. Selain daripada itu, sejumlah aplikasi Samsung turut menerima kemaskini seperti Samsung KeyBoard, AOD, Bixby, Samsung Dex dan sebagainya.

Bagi pengguna Galaxy Note 8, anda boleh menyemak kemaskini ini pada peranti anda, dan mula memuat-turun kemaskini bersaiz sekitar 1.9GB ini. Anda dinasihatkan membuat salinan pendua data sebelum memulakan proses naik-taraf ke Android 9.0 Pie ini.

Terima kasih Hafiz untuk tips.


TIPS & ULASAN