Piawaian microSD Express Diperkenalkan – Menawarkan Kadar Pemindahan Mencapai 985MB/s

Piawaian microSD Express Diperkenalkan – Menawarkan Kadar Pemindahan Mencapai 985MB/s

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Pada tahun lepas, kita telah melihat piawaian SD Express diumumkan yang menawarkan kadar pemindahan menghampiri 1GB per saat. Kini, teknologi sama dibawa kepada kad mikro-SD sekaligus membolehkan pengguna memindahkan data dan sebagainya dengan pantas antara kad mikro-SD ke peranti.

Dinamakan microSD Express, ia menawarkan kadar pemindahan mencapai 985MB per saat. Selain daripada itu, ia juga menawarkan sokongan penggunaan tenaga rendah, sekaligus menggunakan kuasa lebih kurang daripada kad mikro-SD sedia ada dipasaran.

Untuk menjayakan perkara ini, ia menggunakan teknologi yang diintegrasikan barisan pin kedua pada mikro-SD. Hal ini sekaligus membuatkan peranti perlu menyokong perkara ini sebelum dapat menikmati kadar pemindahan pantas ini – yang mana hanya akan datang pada peranti-peranti generasi akan datang.

Penawaran ini secara tidak langsung membantu dalam pemindahan data antara peranti dengan lebih pantas – apatah lagi dengan kad memori kini mencapai saiz 1TB, dan rakaman video 4K pada peranti mudah-alih pada hari ini.


TIPS & ULASAN