Realme C1 (2019) Dengan Storan Lebih Besar Kini Di Malaysia

Realme C1 (2019) Dengan Storan Lebih Besar Kini Di Malaysia

Diterbitkan pada Feb 25, 2019 oleh .

Realme Malaysia hari ini mengadakan jualan khas di Lazada, dan bersempena dengannya mereka turut telah membawa masuk variasi Realme C1 (2019) untuk pasaran tempatan. Membezakannya dengan versi sebelum ini, Realme C1 (2019) menawarkan storan sedikit besar, iaitu 32GB – berbanding 16GB pada versi asal.

Penawaran lain adalah lebih kurang sama, dimana ia hadir dengan skrin 6.2-inci pada resolusi 1520×720 pixel, dijana cip Snapdragon 450, memori 2GB RAM dan dilengkapi bateri 4230mAh. Ia turut menggunakan dwi-kamera belakang 13MP + 2MP, selain kamera swafoto 5-megapixel.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Realme C1 (2019) ini pada harga RM429 pada 27 Februari ini, atau pada harga jualan biasa RM469 selepas tarikh berkenaan. Ia tidak diketahui lagi sama ada versi 3GB RAM akan turut memasuki pasaran tempatan dalam waktu terdekat ini atau sebaliknya.

Beli : Realme C1 (2019)


TIPS & ULASAN