Carian
Kelak, Kita Akan Dapat Melihat Telefon Pintar Xiaomi Menggunakan Multi-Kamera
February 26, 2019 Aman

Xiaomi hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Light, dimana melalui kerjasama ini, Light akan menawarkan teknologi pengimejan pengkomputeran kepada peranti mudah-alih keluaran Xiaomi.

Light Multi-Kamera

Pengumuman ini hadir lanjutan daripada pengenalan peranti Nokia 9 PureView yang hadir menggunakan lima kamera belakang dan dilengkapi teknologi daripada Light. Malah, Light turut telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Sony untuk pembangunan multi-kamera lebih daripada 4 lensa untuk telefon pintar.

Dengan pengumuman kerjasama bersama pihak Xiaomi ini, ia sekaligus memberikan petanda kelak kita akan melihat telefon pintar Xiaomi hadir menggunakan lebih daripada empat kamera belakang. Ia juga sesuatu yang menarik untuk dinantikan, apatah lagi dengan penawaran rakaman kamera oleh Xiaomi yang kini menawarkan antara kualiti terbaik dipasaran.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Xiaomi akan memperkenalkan telefon pintar multi-kamera mereka. Mungkin kita akan dapat melihatnya dalam masa beberapa bulan lagi atau mungkin pada 2020 kelak.

Komen