Cari @ Amanz

Di MWC banyak pengeluar mengumumkan peranti 5G mereka dan rancangan untuk menggunakan rangkaian generasi seterusnya ini dengan meluas. ZTE Axon 10 Pro 5G baru sahaja diumumkan oleh ZTE dengan pemproses Snapdragon 855 dan modem Qualcomm X50.

Sungguhpun begitu spesifikasi lain peranti ini tidak didedahkan oleh pihak ZTE. Namun begitu laporan dari 9to5Google berkata ia dilengkapi skrin 6.47″ AMOLED, memori sebesar 6GB RAM dan storan sebesar 128GB. Selari dengan keperluan semasa peranti dilengkapi sistem tri-kamera lengkap dengan lensa sudut ultra-lebar. Di samping itu skrin hadapan mempunyai takuk yang bersaiz kecil. ZTE mensasarkan jualan pada separuh pertama 2019 di China selari dengan penggunaan infrastruktur 5G mereka di negara tersebut.

Seterusnya ZTE Blade V10 turut dilancarkan dengan skrin 6.3″ FHD+. pemproses 2.1 GHz lapan teras (tidak diberitahu pengeluarnya), memori sebesar 3/4 GB RAM, storan 32/64 GB, kamera utama 16+5 Megapixel. kamera hadapan 32-Megapixel dan bateri sebesar 3200 mAh. Peranti menggunakan sistem operasi Android 9 Pie dengan pelancar MiFavor9.0 UI.

Sebuah pengimbas cap jari terletak pada bahagian belakang. Keunikan Blade V10 ialah kamera swafoto dilengkapi sistem kecerdasan buatan yang mengenali 300 situasi dan kemudian melakukan tetapan bagi mendapatkan gambar terbaik.

ZTE Blde V10 Vita turut dilancarkan tetapi pihak pengeluar tidak boleh berkongsi sebarang spesifikasi peranti misteri ini. Pihak ZTE akan mula menjual kedua-dua peranti di China dan Eropah bermula Mac. Ia kemudian ke Amerika Selatan pada bulan April.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd