Cari @ Amanz

Maxis hari ini telah menandatangani kerjasama dengan pihak Huawei, dimana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam memacu 5G di Malaysia. Kerjasama ini juga akan memperlihatkan ujian rangkaian 5G pada sistem dan juga perkhidmatan serta menyeluruh.

Maxis Huawei 5G

Menurut bakal CEO Maxis, syarikat telekomunikasi berkenaan telah memulakan perjalanan rangkaian 5G mereka sebelum ini, dimana mereka telah pun memfokuskan kepada ujian, pelaburan, serta evolusi infrastruktur mereka untuk menyokong rangkaian generasi baru berkenaan.

Melalui sokongan rangkaian 5G, ia dijangka menawarkan kelajuan berkali ganda berbanding rangkaian 4G, selain menawarkan kadar pendam masa yang rendah untuk komunikasi masa-nyata serta kawalan peranti berhubung.

Buat masa ini, pihak Maxis tidak mengumumkan bilakah mereka akan memperkenalkan rangkaian 5G untuk pengguna tempatan secara komersial. Sebelum ini, kerajaan telah pun memulakan ujian rangkaian 5G di Cyberjaya dan mengatakan akan membuat keputusan lanjutan berkenaan penawaran rangkaian berkenaan selepas ujian berkenaan berakhir pada penghujung tahun 2019 ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd