Alibaba Cloud Perkenal Penyelesaian Baharu Pelan Perniagaan Pada Pasaran Antarabangsa

Alibaba Cloud Perkenal Penyelesaian Baharu Pelan Perniagaan Pada Pasaran Antarabangsa

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Anak syarikat pengkomputeran awanan Alibaba Group iaitu Alibaba Cloud kini memperkenalkan penyelesaian baharu mereka dalam pelan perniagaan dan ciri khusus pada pasaran antarabangsa, di acara Mobile World Congress (MWC) baru-baru ini.

Memiliki pusat data tempatan di Indonesia, Malaysia dan Singapura menjadikan platform awanan ini begitu dekat dengan pasaran ASEAN. Sekaligus produk ini memenuhi pelbagai aspek keperluan industri rantau ini. Ini membolehkan perniagaan di ASEAN menukarkan data kepada maklumat yang boleh dilaksanakan melalui algoritma kecerdasan buatan, bagi menyokong perkembangan pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

Antara penyelesaian yang diperkenalkan adalah Realtime Compute atau pengiraan masa nyata  yang berasaskan kepada maklum balas syarikat global dan pemula perniagaan berkenaan dengan cabaran mereka dalam pengurusan dataraya. Cabaran sering berlaku sewaktu mereka perlu menganalisa data yang berskala besar dan memproses masuk data pada masa nyata. Kewujudan penyelesaian pengiraan masa nyata ini, membolehkan pengurusan seperti pemprosesan jutaan dataraya per saat, mengesan pemalsuan dan pemantauan QoS pada rangkaian telekomunikasi dapat dilaksanakan.

Selain itu, Alibaba Cloud turut memperkenalkan pelbagai peningkatan infrastruktur bagi menyokong perniagaan pada peringkat global. Antaranya adalah ApsaraDB dan MariaDB TX yang dapat dilaksanakan melalui ketersediaan syarikat berskala tinggi dalam rancangan pemulihan bencana. Melalui penawaran perkhidmatan penyelesaian ini, ia dapat menyelesaikan masalah perniagaan pada pasaran Asia dan global.

Yeming Wang – Pengurus Besar Alibaba Cloud EMEA, menyatakan perniagaan di seluruh dunia kini bergantung kepada kepintaran data untuk mendorong inovasi, pendigitalan operasi dan memuaskan pelanggan. Mereka turut bekerjasama dalam membawa perubahan transformasi digital dengan melakukan perubahan teknologi melalui perkhidmatan. Antara penghasilan aplikasi untuk teknologi 5G, pengkomputeran ‘edge’ dan peranti berhubung.

Produk penyelesaian ini terdiri daripada pengkomputeran tanpa pelayan, analisis data, rangkaian global, dan penyimpanan data berprestasi tinggi dalam pengurusan perniagaan pada era serba pintar.


TIPS & ULASAN