Energizer Power Max P18K Pop Adalah Telefon Pintar Paling Tebal Pernah Dihasilkan

Energizer Power Max P18K Pop Adalah Telefon Pintar Paling Tebal Pernah Dihasilkan

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Seperti dijanjikan, Energizer Power Max P18K telah dilancarkan di MWC Barcelona 2019. Ia adalah sebuah telefon pintar dengan bateri sebesar 18,000 mAh yang membolehkannya bertahan sehingga 50 hari atau menonton video selama 2 hari. Dengan saiz bateri yang amat besar ini tidak mengejutkan ia adalah telefon pintar yang paling tebal pernah dihasilkan seperti yang anda dapat lihat dari gambar yang diambil dari laman Expertreviews.

Energizer Power Max P18K Pop dilengkapi skrin sebesar 6.2″ FHD+, dijana pemproses MediaTek P70, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama 12+5+2 Megapixel dan kamera hadapan 16+2 Megapixel. Kamera hadapan ini diletakkan di dalam mekanisme periskop bagi membolehkan rekaan penggunaan skrin nirtakuk.

Di Eropah peranti ini akan dijual pada harga 600 Euro (~RM 2774). Bagi mereka yang mementingkan ketahanan bateri yang tidak peduli tentang ketebalan. Ini ialah peranti yang amat sesuai untuk anda.


TIPS & ULASAN