Imej Pengolokan Rasmi Redmi Note 7 Pro Tertiris – Tiada Beza Rekaan Dengan Versi Biasa

Imej Pengolokan Rasmi Redmi Note 7 Pro Tertiris – Tiada Beza Rekaan Dengan Versi Biasa

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Redmi Note 7 Pro adalah versi yang dinaiktaraf daripada Redmi Note 7 biasa. Kita sudah tahu yang Redmi adalah sub-jenama Xiaomi dan siri Redmi Note 7 ini adalah peranti terawal mereka.

Sudah banyak kali berita mengenai Redmi Note 7 Pro kedengaran, hari ini imej pengolokan rasmi telah tertiris. Mengejutkan, ia tidak membawa sebarang perubahan jika dibandingkan dengan Redmi Note 7. Membezakan dua peranti ini adalah spesifikasi dalaman dan pilihan warna sahaja. Menurut ura-ura, Redmi Note 7 Pro dikatakan akan dijana Snapdragon 675 dan kamera 48 Megapixel akan menggunakan lensa daripada Sony yang sama dengan Mi 9.

Imej pengolokan tertiris ini adalah untuk pasaran India, di mana ia akan dilancarkan pada 28 Februari ini. Variasi yang bakal dilancarkan adalah Redmi Note 7 3GB+32GB, 4GB+64GB dengan pilihan warna Hitam, Biru dan Merah. Manakala, Redmi Note 7 Pro hanya hadir dengan 4GB+64GB dan pilihan warna Hitam, Biru cerun dan Merah cerun. Di China, warna-warna cerun adalah untuk Redmi Note 7 biasa dan penawaran memori adalah sehingga 6GB RAM.

Untuk informasi lanjut, sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi dalam masa dua hari sahaja lagi.


TIPS & ULASAN