HTC Melancarkan 5G Hub Untuk Menikmati Kelajuan Internet Pantas
HTC

HTC Melancarkan 5G Hub Untuk Menikmati Kelajuan Internet Pantas

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

HTC tidak melancarkan telefon pintar mercu di MWC Barcelona 2019. Sebaliknya mereka melancarkan HTC 5G Hub yang membawakan rangkaian 5G kepada peranti berdekatan. Ia sebuah hub mudah alih yang sesuai digunakan di luar dan juga dalam rumah. Sebanyak 20 peranti boleh ditambat pada hab ini secara serentak.

Ia dilengkapi skrin sebesar 5″ HD yang boleh digunakan untuk memantau penggunaan data. Ia dijana cip Snapdragon 855, memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 32GB dan bateri sebesar 7,660 mAh. Ia boleh dicas semula dengan pantas menerusi sokongan QuickCharge 3.0 menerusi sebuah port USB-C. Sistem operasi Android 9 Pie digunakan dengan pelancar HTC Sense. Kesemua komponen HTC 5G Hub ini dimasukkan ke dalam tubuh yang hanya seberat 340 gram.


TIPS & ULASAN