iOS 12 adalah sistem operasi Apple untuk iPhone dan iPad. Ia diumumkan pada bulan November tahun lepas dan turut telah hadir dengan banyak fungsi dan ciri baru. Bulan Januari lepas, peratusan penggunaan iOS 12 telah mencapai 75%. Data bulan Februari kini telah dikongsikan dan ia memperlihatkan peningkatan lagi.
Setakat 24 Februari 2019, sebanyak 80% peranti iOS telah menjalankan iOS 12. Ini bermakna sebanyak 5% peningkatan telah berlaku. iOS 11 di tangga kedua dengan 15% dan versi-versi awal lain adalah 5%. Peratusan penggunaan Android Pie masih lagi misteri, kerana datanya masih tidak dikongsikan oleh Google.