Redmi Note 7 selepas dilancarkan, dikatakan akan hadir ke pasaran Malaysia pada bulan Februari. Tetapi, hari ini sudah pun hujung Februari dan tiada lagi berita baik mengenai peranti ini.
Beberapa hari yang lepas, Redmi Note 7 dilihat telah memasuki pangkalan data SIRIM dan ini pelancaran buat pasaran tempatan sudah dekat. Peranti ini dijana dengan Snapdragon 660, peranti pertama Redmi yang menggunakan USB-C, kamera 48-Megapixel, rekaan premium dengan bahan binaan kaca dan juga mempunyai rekaan skrin dengan takuk kecil.
Di China, peranti ini dijual pada harga RMB999 untuk 3/32 GB, RMB1199 untuk 4/64 GB dan RMB1399 untuk 6/64 GB. Jika mata wang ini ditukar, harganya hanyalah sekitar RM607, RM729 dan RM850. Kami menjangkakan, variasi 6/64 GB mungkin akan dijual pada harga RM899 atau paling mahal adalah RM999.