LineageOS Menamatkan Sokongan Rasmi Android Nougat – Memfokuskan Android Pie

LineageOS Menamatkan Sokongan Rasmi Android Nougat – Memfokuskan Android Pie

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

LineageOS adalah sistem operasi Android berasaskan AOSP dengan banyak ciri dan fungsi tambahan menarik. LineageOS juga merupakan pengganti kepada CyanogenMod yang suatu masa dulu terkenal dengan binaan Custom ROMnya.

Baru-baru ini, LineageOS dengan rasminya menamatkan sokongan rasmi binaan Android Nougat mereka. Ini bermakna, tiada lagi binaan ROM versi baru atau kemaksini akan diberikan buat sistem operasi ini. Lebih 70 peranti yang menyokong LineageOS 14.1 kini sokongannya akan ditamatkan. Antara peranti-peranti yang terjejas adalah, Xiaomi Mi 3/Mi 4, Galaxy S7/S7 Edge, Sony Xperia Z5 dan banyak lagi.

Tujuan LineageOS menamatkan sokongan LineageOS 14.1 adalah kerana, mereka sedang bersedia dengan pembangunan LineageOS 16.0 yang berasaskan Android Pie. Bagi pengguna yang setia dengan Android Nougat, boleh tunggu sahaja pembangunan dari para pembangun yang masih aktif membangunkan Androi Nougat.


TIPS & ULASAN