WhatsApp Berkongsi Infografik Menarik Sempena Ulang Tahun Ke-10

WhatsApp Berkongsi Infografik Menarik Sempena Ulang Tahun Ke-10

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

WhatsApp menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada 24 Februari lalu. Pejam celik aplikasi pemesejan yang amat popular di Malaysia ini sudah sedekad dilancarkan. Sempena mencapai tarikh penting ini, WhatsApp berkongsi infografik di bawah yang menunjukkan bilakah fungsi-fungsi tertentu diperkenalkan.

Sebagai contoh tahukah anda fungsi Group Chat diperkenalkan pada tahun 2011 dan sokongan web pula diberikan pada tahun 2015. Setiap fungsi baharu yang diperkenalkan membuatkannya semakin popular sehingga kini digunakan lebih 1.5 bilion pengguna aktif setiap bulan. Apakah fungsi kegemaran anda? Kami masih menantikan fungsi menghalang akaun dari dimasukkan ke dalam group tanpa kebenaran.


TIPS & ULASAN