Kenderaan Terbang Pertama Buatan Malaysia Dijangka Akan Diperlihatkan Pada Tahun Ini

Kenderaan Terbang Pertama Buatan Malaysia Dijangka Akan Diperlihatkan Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Kereta nasional pertama Proton Saga dilancarkan pada tahun 1985. Selepas hampir 35 tahun, kereta terbang pertama Malaysia akan diperlihatkan tahun ini menurut Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Redzuan Md Yusof.

Menurut beliau lagi, prototaip kenderaan terbang pertama menggunakan teknologi dari Malaysia ini sudah pun dihasilkan, dan cuma menunggu masa untuk diperlihatkan. Sebanyak RM1 juta telah dibelanjakan setakat ini untuk menghasilkannya. Setakat ini ia mampu terbang dengan selamat pada ketinggian rendah dan pada kelajuan yang munasabah. Tidak diketahui syarikat manakah yang terlibat dalam pembangunan kereta terbang ini.

Apa yang diketahui sebelum ini ialah Terrafugia telah diambil alih oleh Geely dua tahun yang lalu. Geely pula telah mengambil-alih hampir separuh saham Proton. Pihak Terrafugia sendiri menyasarkan pengeluaran kereta terbang mereka seawal 2023. Mungkinkah kereta terbang ini dibangunkan oleh Proton secara rahsia dengan bantuan Terrafugia?


TIPS & ULASAN