Set Kepala Windows Mixed Reality Daripada Acer Kini Di Malaysia – Acer OJO 500

Set Kepala Windows Mixed Reality Daripada Acer Kini Di Malaysia – Acer OJO 500

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Acer kini telah mula menawarkan set kepala berasaskan Windows Mixed Reality untuk pengguna tempatan, iaitu Acer OJO 500. Ia ditawarkan pada harga RM1899 di Malaysia.

Acer OJO 500

Acer OJO 500 menawarkan rekaan ergonomik dan selesa di kepala, menawarkan paparan skrin 2880×1440 pixel dengan kadar segar semula 90Hz, selain kebolehan melihat 100-darjah melaluinya. Set kepala ini menyertakan teknologi pengecaman luar-dalam dalam memberikan keselesaan kepada pengguna dan menyelarikan paparan maya dan paparan dunia nyata.

Acer OJO 500 turut hadir dengan sokongan sistem audio yang diintegrasikan, selain kemudahan untuk mengoptimasikan jarak pemandangan mata untuk paparan lebih baik. Selain set kepala, Acer juga turut menyertakan alat kawalan berasaskan Bluetooth bersama-sama pembelian set kepala ini.

Untuk menggunakannya, seperti biasa, pengguna perlu mempunyai komputer berasaskan Windows untuk menggunakannya. Ia dikatakan terdapat beribu permainan dan aplikasi yang ditawarkan untuk Windows Mixed Reality melalui Steam VR dan juga Microsoft Store pada hari ini.

Bagi anda yang berminat dengan set realiti gabungan berasaskan Windows ini, boleh mendapatkannya melalui kedai atas-talian Acer hari ini pada harga RM1899.


TIPS & ULASAN