Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka bagi suku tahun berakhir 2018 yang lepas, dan pada masa yang sama berkongsi sejumlah strategi syarikat mereka untuk bergerak ke hadapan. Menurut TM, untuk tahun 2019 ini, mereka akan memfokuskan transformasi strategik mereka ke arah “TM Baru” yang dijangka terlaksana dalam tempoh tiga tahun lagi.

Telekom Malaysia Baru

Melalui “TM Baru”, gergasi telekomunikasi berkenaan ingin menjadi organisasi mengutamakan pelanggan dalam menjayakan aspirasi Malaysia digital, melalui sambungan dan infrastruktur digital.

CEO TM menekankan yang mana Telekom Malaysia akan meningkatkan lagi dan menambah-baik bagaimana mereka melakukan sesuatu perkara dan memudahkan para pelanggan serta memenuhi keperluan pengguna.

Seperti ramai sedia maklum, TM telah mula melakukan beberapa perubahan pada syarikat mereka sejak beberapa bulan lepas. Mereka telah sedia memudahkan pengguna dalam membuat permohonan perkhidmatan, selain turut menawarkan kemudahan pemasangan talian internet dalam tempoh 24 jam selepas permohonan.

Selain itu, kini TM turut bergerak lebih aktif dalam memberikan maklumbalas kepada pelanggan menggunakan pelbagai medium sosial.

Bergerak ke hadapan, kita mungkin akan melihat lebih banyak perubahan positif pada syarikat telekomunikasi berkenaan, sekaligus mungkin membuat pengguna lebih mencintai jenama TM berbanding setahun dua kebelakangan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd