Apple Watch Tahun Hadapan Dijangka Hadir Dengan Ciri Pemantau Corak Tidur

Apple Watch Tahun Hadapan Dijangka Hadir Dengan Ciri Pemantau Corak Tidur

Diterbitkan pada Feb 26, 2019 oleh .

Pada hari ini, terdapat pelbagai jam tangan pintar dan gelang tangan pintar yang menyertakan sokongan sensor pemantau corak tidur. Ciri ini kini diperkatakan akhirnya akan hadir pada jam tangan pintar keluaran Apple, iaitu Apple Watch pada 2020 kelak.

Dengan integrasi sokongan ini, ia bakal memudahkan pengguna memantau corak tidur mereka, sekaligus mengintegrasikannya bersama pelbagai data kesihatan yang dikumpulkan oleh Apple Watch.

Selain daripada itu, Apple dijangka akan menambah bateri bersaiz lebih besar, atau menambah mod berkuasa rendah untuk membolehkan pengguna memantau corak tidur tanpa menggunakan tenaga bateri yang tinggi.

Apple dijangka memperkenalkan sokongan ini melalui Apple Watch yang bakal hadir pada 2020 kelak.


TIPS & ULASAN