Carian
Gambar Peranti Prototaip Akhir Huawei P30 Pro Diperlihatkan
February 26, 2019 Aman

Huawei telah sedia menjadualkan acara pengenalan Huawei P30 pada 26 Mac kelak. Menariknya, di MWC 2019 yang berlangsung di Barcelona, pihak Huawei turut telah menjemput beberapa media dan memperlihatkan peranti rekaan prototaip akhir untuk Huawei P30 Pro.

Huawei P30 Prototaip

Secara kasar, ia tidak membawakan perubahan yang besar berbanding Huawei P20 Pro sebelum ini. Peranti yang diperlihatkan ini juga selari dengan beberapa ketirisan sebelum ini. Namun, ia menjadi tanda tanya berkenaan peranti yang diperkatakan hadir dengan empat kamera belakang dibawah siri-P. Menurut spekulasi DigitalTrends, ia mungkin seumpama Galaxy S10 5G, dimana menawarkan spesifikasi tinggi dan beberapa ciri-ciri tambahan padanya berbanding model Huawei P30 Pro.

Berbalik kepada peranti prototaip Huawei P30 Pro ini, ia dijangka menyertakan lensa Leica Summitar, yang mana menawarkan keupayaan zoom sehingga 10x melaluinya. Bersebelahan dengan lampu kamera, sebuah sensor tambahan turut disertakan yang tidak diketahui tujuannya buat masa ini.

Huawei P30 Prototaip

Rekaan hadapan untuk telefon pintar ini tidak diperlihatkan. Selain daripada itu, ia turut dikatakan yang mana tiada sambungan bicu audio 3.5mm pada peranti ini – sama seperti generasi sebelum ini.

Huawei bakal memperkenalkan telefon pintar ini pada bulan hadapan. Sama-sama kita nantikan kejutan daripada pengeluar dari China berkenaan untuk terus menerajui arena peranti mudah-alih.

Komen