Apple Mengumumkan Sepuluh Pemenang Pertandingan Shot On iPhone

Apple Mengumumkan Sepuluh Pemenang Pertandingan Shot On iPhone

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Pada 23 Januari lalu Apple mengumumkan pertandingan fotografi Shot on iPhone. Ini bagi mencari gambar terbaik yang boleh diambil menggunakan telefon pintar keluaran mereka dari serata dunia. Selepas sebulan, sepuluh orang pemenang dari negara Amerika Syarikat, Singapura, Jerman, Belarus dan Israel telah diumumkan.

Kesemua gambar yang terpilih akan digunakan untuk tujuan promosi di laman web dan Apple Store. Pemenang akan menerima bayaran berdasarkan penggunanya. Gambar-gambar yang terpilih diambil menggunakan iPhone XS Max, XS, X, iPhone 8 Plus dan iPhone 7. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Tiada wakil dari Malaysia tetapi Darren Soh dari Singapura menjadi wakil tunggal Asia yang memenangi pertandingan ini. Untuk senarai lengkap gambar, sila ke pautan di bawah.

Lihat : Rakaman “Shot on iPhone”


TIPS & ULASAN