Huawei Mate X menyokong sistem pengecasan terpantas dengan kuasa maksimum 55W. Dengan sistem ini, bateri sebesar 4500 mAh peranti dengan skrin boleh lipat ini dapat dicaj sepenuhnya dalam masa sekitar sejam. Menurut laporan GizmoChina, pengecasan pantas ini adalah eksklusif untuk Mate X sahaja buat masa ini.
Menurut laman tersebut ini diucapkan sendiri oleh presiden bahagian produk pengguna dan mobil Huawei di MWC. Sistem pengecasan adi-pantas ini boleh digunakan pada Mate X kerana ia dilengkapi dua bateri berbeza. Pada peranti dengan rekaan biasa pengecaan 55W dilihat sebagai belum sedia digunakan. Besar kemungkinan P30 Pro kelak akan hanya menyokong pengecasan pantas 40W seperti Mate 20 Pro.