Samsung Dan Huawei Bersetuju Menyelesaikan Saman Paten Di Luar Mahkamah

Samsung Dan Huawei Bersetuju Menyelesaikan Saman Paten Di Luar Mahkamah

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Tiga tahun yang lalu Huawei menyaman Samsung kerana didakwa menggunakan paten teknologi LTE milik mereka tanpa kebenaran. Kes ini sepatutnya dibicarakan pada September hadapan tetapi kini kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya di luar mahkamah. Maklumat terperinci dengan penyelesaian yang dipersetujui akan diperhalusi dalam masa beberapa minggu.

Saman ini bukan sahaja difailkan di Amerika Syarikat tetapi juga di China. Ketika saman difailkan, Huawei akan memberikan pilihan kepada Samsung untuk membenarkan mereka menggunakan paten milik gergasi Korea ini sebagai balasan. Dengan penyelesaian di luar mahkamah, pertelingkahan di antara dua kuasa besar dua telefon pintar diselesaikan dengan cara baik.


TIPS & ULASAN