Honor View20 Menerima Mod Gaming+ Untuk Meningkatkan Kemampuan Menjalankan Permua
Artikel Berkaitan

Honor View20 Menerima Mod Gaming+ Untuk Meningkatkan Kemampuan Menjalankan Permua

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Bagi mereka yang mungkin tidak mahu berbelanja lebih untuk sebuah peranti mercu yang berkuasa, Honor View20 telah dilancarkan pada bulan Januari lalu. Dengan cip Kirin 980, ia setanding dengan sebuah  Huawei Mate 20 Pro. Peranti ini akan menerima mod Gaming+ yang memberikan peningkatan kemampuan menggunakan permua.

Gaming+ mengurangkan penggunaan kuasa pada Kirin 980 sebanyak 20.34% namun masih mengekalkan kemampuan menjalankan permua pada kadar 60 bingkai sesaat. Ini dilakukan dengan bantuan kecerdasan buatan yang meramal jumlah kuasa yang diperlukan untuk permua. Ia juga membolehkan Fornite versi Vulkan API dimainkan pada View20. Selain Fortnite, permua QQ Speed dan Arena of Valor pada View20 turut akan menyokong Vulkan API.

Turut diumumkan sebanyak 1.5 juta Honor View20 telah terjual setakat ini di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN