Cari @ Amanz

Sokongan pengecasan nirwayar kini dilihat adalah satu standard asas untuk sesebuah peranti mercu. Tetapi, masih ada satu lagi pengeluar sehingga hari ini masih tidak sertakan sokongan pengecasan ini pada peranti mereka. Pengeluar ini adalah, OnePlus.

Sejak OnePlus menggunakan panel kaca pada bahagian belakang OnePlus 6 dan OnePlus 6T, peminat mengharapkan OnePlus akan sertakan sokongan pengecasan nirwayar. Tetapi, alasan OnePlus adalah pengecas berwayar Dash atau Warp mereka sudah cukup pantas dan penegcasan nirwayar adalah tidak perlu.

Alasan itu mungkin boleh diterima sesetengah peminat OnePlus dan mengharapkan peranti tahun ini, mungkin OnePlus 7 – OnePlus akan sertakan sokongan ini. Tetapi, simpan sahaja harapan ini dan jangan bermimpi wahai peminat OnePlus – OnePlus telah sahkan yang mana OnePlus 7 tidak akan sertakan sokongan pengecasan nirwayar.

Oppo dilihat telah pun mendaftarkan diri dalam Wireless Power Consortium untuk sokongan pengecasan nirwayar pada tahun lepas. Disebabkan Oppo dan OnePlus adalah adik-beradik, jadi ramai anggapkan OnePlus 7 kelak akan ada sokongan ini. Tetapi, OnePlus masih berkeras dengan pengecasan pantas mereka adalah yang terbaik dan sudah mencukupi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd