Cari @ Amanz

Nokia 3.1 Plus adalah peranti kelas pertengahan daripada HMD Global yang dilancarkan pada tahun lepas. Ia dijual di Malaysia pada harga RM699. Peranti ini dijana dengan cip pemproses MediaTek Helip P22, skrin bertakuk 6.0-inci HD+, dwi-kamera utama 13+5 Megapixel dan kamera swafoto 8 Megapixel.

Peranti ini menggunakan memori 2/16 GB dan 3/32 GB serta bateri sebesar 3500mAh. Pada awal pelancaran, peranti ini menjalankan Android Oreo 8.0 Android One. Selepas hampir 4 bulan ia dilancarkan, hari ini Nokia 3.1 Plus menerima kemaskini Android 9.0 Pie.

Seperti biasa, Android One pada Nokia menjanjikan kemaskini utama selama dua tahun dan kemaksini sekuriti selama tiga tahun. Ini bermakna, Nokia 3.1 Plus kelak turut akan menyokong Android Q. HMD Global menjaga hati pengguna mereka dengan menjanjikan kemaksini peranti yang baik dan konsisten.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd