Klien Web Untuk Google Duo Kini Rasmi

Klien Web Untuk Google Duo Kini Rasmi

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Klien web atau desktop untuk perkhidmatan telekomunikasi dari Google bukan sesuatu yang baru. Kita mempunyai Hangouts, kemudian kita sudah ada Android Message dan kini adalah giliran Google Duo pula. Google Duo adalah aplikasi panggilan video daripada Google yang ringkas tetapi banyak ciri dan fungsi menarik.

Pada bulan lalu, kami telah melaporkan yang klien web Google Duo sedang dibangunkan. Hari ini, klien web ini sudah sedia digunakan. Cara penggunaan yang mudah, tiada kod QR perlu diimbas – hanya perlu sahkan akaun Google dan nombor telefon sahaja. Apa yang menarik dengan klien web Google Duo ini adalah, fungsi ‘Knock Knock‘ turut hadir.

Bagi yang berminat untuk cuba, daftarkan akaun Google dan nombor telefon anda melalui aplikasi Google Duo atau melalui laman web rasmi. Kemudian, anda boleh terus membuat panggilan kepada rakan-rakan anda yang sudah pun mempunyai akaun Google Duo.

Cuba Google Duo Di Sini


TIPS & ULASAN